Kerjaya perniagaan Eu Tong Sen

Pada tahun 1898, pada usia 21 tahun, Eu mengambil alih harta pusaka ayahnya dari Grant Mackie dan mendapati perniagaannya semakin merosot. Selama sepuluh tahun berikutnya, dia mengembangkan perniagaan keluarga dan menggandakan kekayaannya berkali-kali. Dia mengembangkan empayar perniagaannya di Singapura, Tanah Melayu dan Hong Kong dan, pada usia 30 tahun, adalah antara orang terkaya di rantau ini.[3]

Pengusahaan timah

Eu mewarisi perusahaan ayahnya: dua di Kampar, tiga di Gopeng, satu di Teronoh, satu di Chenderiang, dan satu di Papan menggaji seramai 8,000 orang kuli pada 1908. Di Selangor dia memiliki satu lombong di Ampang dan satu di Kancheng, bersama-sama menggunakan 3,000 kuli. Di Batang Benna, Negeri Sembilan, dia memiliki satu lombong yang menggunakan 1,000 kuli. [7] Beliau pada kemuncaknya memiliki secara keseluruhannya 11 buah lombong dikerjakan 12,000 orang pelombong; namun tahap keuntungan diraih dari kegiatan ini telah lama merosot ketika saat dia mengambil alih pengurusan.[3] Menjelang tahun 1908, dia memiliki

Eu Yan Sang

Beliau mengembangkan toko ubat diusahakan ayahnya di Gopeng bernama Eu Yan Sang untuk mempelbagaikan sumber pendapatan selain perlombongan timah dengan bertambahnya kawalan dikenakan kerajaan ke atas industri tersebut.[6] Kedai ini turut mencawang ke Kampar yang mana kedua-dua kedai ini mendatangkan keuntungan pada tahun 1908[7] dengan kelebihan perkhidmatan pengiriman wang memungkinkan para pelombong dan pekerja ladang Cina menghantar pendapatan mereka ke tanah air mereka.[1][7][8]

Banyak cawangan didirikan di Pulau Pinang, Ipoh, Kuala Lumpur, Hong Kong dan Singapura. Pada tahun 1909, Eu menubuhkan cawangan di daerah Sheung Wan di Hong Kong. Apabila cawangannya meningkat dan perniagaannya tersebar secara geografi, potensi pasarannya berkembang dengan sewajarnya.[1][9] Pada tahun 1914, dia mengembangkan khidmat kiriman wangnya seluruh Tanah Melayu serta Hindia Belanda dan selatan China.[6][10] Pada tahun 1920-an ketika perniagaan getah di Tanah Melayu merosot, Eu mengalihkan tumpuannya kepada perniagaan pengiriman wang di Hong Kong.[1]

Rujukan

WikiPedia: Eu Tong Sen http://journals.cambridge.org/action/displayAbstra... //doi.org/10.1017%2FS0022463404000219 //doi.org/10.1017%2FS0026749X05001873 http://elevenstrokes.blogspot.sg/2015/06/2.html http://www.aas.com.sg/features/archive/f05023.htm http://www.euyansang.com.sg/others/content/en_US/a... http://infopedia.nlb.gov.sg/articles/SIP_790_2005-... https://books.google.com/books?id=5dG4IloWj9IC https://web.archive.org/web/20070616025853/http://... https://web.archive.org/web/20070809172727/http://...